BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, August 16, 2011

Belajar erti menghargai, erti budi dan erti kawan sejati.


Salam semua. Cuba pejamkan mata dan berfikir sejenak, adakah tahap menghargai yang pernah anda pamerkan selama anda hidup ni betul-betul buat seseorang terasa dihargai? Pernah atau tidak? Aku hidup 19 tahun lebih ni, dan dalam hidup aku selama ni aku dah rasa diri aku dihargai sewajarnya dan diri aku diletak tepi! Di tolak sana sini. Dibiar tanpa erti. Aku pernah kecewa juga disebabkan cara aku tidak dihargai. Aku kecewa sebab aku memang sewajarnya dihargai. Sebab aku rasa memang aku punya hubungan dengan dia. Tapi kenapa aku dibuang. Cuma, perit kalau aku nak catat satu persatu dalam ni. Kalau nak explain panjang pasal erti menghargai, aku tak tau nak sebut macam mana. Cuma kehidupan seharian inilah yang akan beri korang rasa apa itu hargai, menghargai, dan dihargai!

******************************************************************

Memang betul istilah "orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa". Tapi, selama mana kau nak sentiasa menjadi orang yang menerima budi, dan orang yang sentiasa merasa? Cuba buat perubahan. Cuba biarkan konsep "orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa" ni, sentiasa berlaku selang seli dalam kehidupan kita. Bagi aku, kalau korang nak kenal apa itu erti budi, dan rasa adakah budi anda itu dihargai, cuba-cubalah menabur budi kat orang lain. Lepas tu, korang lihat dan nilai. Kalau budi korang tu tak dihargai, jangan cepat melatah, cuba kembali pada diri sendiri, adakah anda begitu juga. Fikir.

****************************************************************
Seriusly, bukan main-main, minggu lepas dan minggu ni cukuplah aku nak stress-stress sebab kawan. Letih. Penat. Ingat, jangan lari dari masalah, tapi cuba belajar untuk menyelesaikannya. Pengalaman akan mematangkan kita. Pengalaman itu yang paling berharga. Tak pe kalau lambat nak selesaikan masalah tu, janji korang tak lari. Sebab sejauh mana korang lari, sejauh itu jugalah korang akan ditinggalkan oleh rakan-rakan. Sejauh itu jugalah korang takkan tahu erti nak selesaikan masalah. Betul cakap kawan aku, selepas ibu bapa, rakan-rakan adalah seterusnya yang rapat dengan kita. Jujurnya, memang banyak masa dihabiskan dengan rakan-rakan. Aku bersyukur sebab aku percaya yang aku punya kawan sejati. Dan aku anggap mereka begitu juga. 

Kawan yang baik ialah
  • kawan yang selalu menegur silap anda. 
  • yang selalu perasan akan perubahan diri anda. 
  • yang cuba buat anda senyum walaupun hakikatnya memang dia tahu yang korang takkan senyum.
  • yang layan kerenah korang walaupun dia orang ada kerja lain sebenarnya.
  • yang tahu erti gurau, lawak, serius.
  • yang faham hanya dengan kerlingan mata korang.
  • yang hidupnya, percaya korang.
  • yang dirinya tegak untuk korang.
  • yang jiwanya seirama dengan korang.
Kalau ada yang cakap sekarang ni dah tak de kawan sejati, aku rasa korang perlukan latihan intensif mendalami erti kawan, sahabat dengan lebih gigih. Belajar melihat sekeliling dengan hati. Celik mata tak semestinya celik hati! :)

0 comments: